Sarawak teliti bantuan untuk belia bekerja sambung pengajian – Fazzrudin

KUCHING – Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan bagi membantu golongan belia yang telah bekerja tetapi masih ingin melanjutkan pengajian tanpa perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, perkara itu antara cadangan yang dikemukakan oleh peserta Program Suara 2.0 hasil perbincangan yang berlangsung bersama kumpulan belia dari seluruh negeri.

“Antara cadangan yang diketengahkan ialah bagaimana kerajaan boleh membantu belia yang sudah bekerja tetapi masih berhasrat untuk melanjutkan pelajaran tanpa menjejaskan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Menurut beliau, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dan cadangan berkenaan akan dibawa untuk perhatian Yayasan Sarawak bagi tindakan lanjut.

Selain itu, beliau berkata, golongan belia turut menyuarakan penghargaan terhadap inisiatif pendidikan percuma serta kemudahan pinjaman pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sememangnya memberi penekanan terhadap pengukuhan pendidikan teknikal menerusi institusi seperti CENTEX yang bekerjasama rapat dengan pihak industri dalam melahirkan tenaga mahir.

“Pelatih yang mengikuti latihan di CENTEX mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas kerana mereka dilatih mengikut keperluan sebenar industri, termasuk dalam sektor ekonomi hijau dan teknologi baharu,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan itu selari dengan keperluan tenaga kerja bagi projek-projek strategik negeri seperti loji janakuasa Miri CCGT, pembangunan SMD serta pelaksanaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R