Belanjawan Pahang 2026 bukti kerajaan negeri tidak amal diskriminasi

KUANTAN – Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam membuktikan kerajaan negeri bersikap adil kepada semua rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA Lepar Hilir 4, Rosli Samad berkata, warga peneroka FELDA di Pahang menerima pelbagai manfaat secara langsung dan tidak langsung melalui inisiatif diperkenalkan kerajaan negeri.

“Kita di Pahang ini ada 115 tanah rancangan FELDA dan bukan semua warga peneroka adalah rakyat asal Pahang.

“Namun, dalam belanjawan itu, tanpa mengira peneroka itu asal dari Pahang atau dari luar Pahang, tetap menerima bantuan.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri tidak mengamalkan diskriminasi… awak orang Pahang atau tidak, tetap terima manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) FELDA Lepar Hilir 1 hingga 4 dan Tabika KEMAS Kampung Orang Asli Batu 14 dan Kilometer 56, dekat sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria dan turut dihadiri Penyelia Tabika KEMAS bagi FELDA Wilayah Kuantan, Faisal Abd Samad.

Seramai 180 kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun menerima sijil pada majlis itu.

Mengulas lanjut mengenai belanjawan Pahang, Rosli memaklumkan, pemberian insentif kepada pimpinan komuniti FELDA adalah antara yang sangat memberi makna kepada warga FELDA.

“Sebelum ini hanya Pengerusi JKKR yang menerima insentif, tapi semalam Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKR juga mendapat insentif.

“Dan terbaharu, Pengerusi Gerakan Peneroka Wanita (GPW) juga menerima insentif sama,” tambahnya.

Rosli menjelaskan, pemberian insentif kepada GPW adalah penting dan sesuai dengan masa, memandangkan sumbangan mereka juga besar dalam mensejahterakan warga peneroka di Pahang.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian