IM Pahang untuk pemimpin FELDA bukti keprihatinan Wan Rosdy

KUANTAN – Insentif diterima pimpinan komuniti FELDA Pahang menerusi Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam mengambil berat kebajikan rakyat.

Peruntukan disediakan kerajaan negeri bagi menjayakan IM Pahang itu juga menunjukkan hasil tadbir urus yang cemerlang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, seperti dijanjikan kerajaan Pahang, setiap hasil dikutip akan diserahkan kembali kepada rakyat negeri ini.

“Maknanya, semua lapisan rakyat di Pahang dapat menikmati pelbagai insentif diperkenalkan kerajaan negeri.

“Macam petang ini, warga pimpinan FELDA menerima insentif dan sebelum ini, banyak bentuk bantuan diagihkan mengikut kluster yang diperkenalkan kerajaan Pahang,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press selepas majlis penyampaian IM Pahang untuk pimpinan FELDA di sini, hari ini.

Penyampaian insentif itu dilakukan Wan Rosdy dan turut dihadiri Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Beliau turut memuji pendekatan dilakukan kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat dan berharap segala insentif dan inisiatif itu dapat diteruskan.

Katanya, selain tadbir urus yang baik, semua bentuk bantuan ini dapat direalisasikan hasil kerajaan Pahang yang stabil.

“Jadi, saya fikir apa yang kerajaan negeri buat sudah bagus dan ini adalah satu kerajaan yang perlu dipertahankan.

“Kita dapat lihat kesungguhan beliau (Wan Rosdy) mencari jalan menjaga kebajikan semua rakyat, tanpa mengira fahaman politik,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 303 pemimpin di 115 tanah rancangan FELDA di Pahang menerima insentif antara RM200 hingga RM500, dengan peruntukan keseluruhan RM121,100.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan