
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Sekong daripada penyandangnya iaitu Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Dalam keputusan tidak rasmi, calon muda BN, Mohd Zharif Aizat Samsudin, 30, berjaya menumbangkan Alias Sani.
Pada masa sama, beliau berjaya mengalahkan lima lagi pencabarnya Puan Seri Diana Diego @ Yusrina Sufiana (USNO), Abada Atalad (PIS), Mohd Fazriee Awang(PN) dan Arifin Asgali (Bebas).





