Sah! DUN Melalap milik Jamawi, buktikan gelombang sokongan berubah

TENOM – Calon PH, Datuk Jamawi Jaafar kembali menguasai kerusi DUN Melalap selepas menewaskan tujuh pencabarnya dengan 5,064 undi, sekali gus mengetepikan pesaing utamanya, Priscella Peter yang meraih 4,539 undi.

Pada PRN lalu, Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, berjaya menewaskan Jamawi dalam saingan sengit, menjadikan Melalap sebagai salah satu kubu baharu parti itu di Tenom.

Kemenangan Jamawi pada PRN17 ini diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Alexander Liew, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini pada Sabtu.

Dengan majoriti 525 undi, Jamawi menamatkan penguasaan parti KDM yang memenangi kerusi berkenaan pada PRN16.

Menurut Alexander, proses pengundian berjalan lancar dengan 21,320 pengundi berdaftar, manakala 14,983 pengundi turun menunaikan tanggungjawab masing-masing, bersamaan 71.08 peratus kadar keluar mengundi.

Kerusi DUN Melalap kali ini menyaksikan saingan lapan penjuru Gabriel George Tulas (Bebas, Kuda) dengan 2,879 undi; Priscella Peter (KDM) ,4,539 undi; Alviana Linus (STAR), 271 undi; Cheld Lind (Warisan), 448 undi; Junik Bajit (UPKO), 1,702 undi; Kevin Chong (PIS), 21 undi dan Fatimah (Bebas, kunci), 59 undi.

Kemenangan ini sekali lagi menempatkan Melalap dalam genggaman PH, menandakan perubahan sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM