Biar berbeza parti, fokus pada rakyat – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komunikasi (JKOM), Datuk Ismail Yusop menyeru pembangkang supaya terbuka untuk bekerjasama dengan Kerajaan MADANI demi kebaikan rakyat, walaupun wujud perbezaan politik.

“Kalau kita berjalan ke seluruh negara, kita boleh merasakan denyut hati rakyat di setiap negeri.

“Perbezaan politik wajar ada, tetapi ia tidak seharusnya menghalang usaha membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, kerajaan sentiasa berusaha mengimbangi belanja pembangunan dengan belanja mengurus, walaupun menghadapi kekangan bajet.

Pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk mengurangkan kos sara hidup termasuk bantuan awal persekolahan, pembangunan kemahiran digital, sokongan kepada usahawan muda dan latihan kecerdasan buatan (AI).

Beliau menjelaskan, polisi belanjawan bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga mengajar rakyat cara berdikari.

“Apabila rakyat bebas daripada kemiskinan, mereka dapat mengekalkan maruah dan harga diri tanpa bergantung kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Ismail menegaskan, perbezaan pendapat politik dibenarkan, tetapi mestilah ada sempadan.

“Konfrontasi hanya merugikan rakyat. Fokus kepada kebaikan dahulu, perbezaan politik boleh dibincang kemudian,” ujarnya.

Beliau berharap semua pihak politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, dapat bekerjasama bagi membawa manfaat lebih besar dan pembangunan negara yang mapan.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah