KPDN lancar Program Pasar PATUH perkukuh pematuhan perniagaan

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat melancarkan Program Pasar PATUH sebagai inisiatif memperkukuh budaya pematuhan perniagaan dan memastikan ekosistem perdagangan negara kekal kondusif, berintegriti dan telus.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Pengarah KPDN Negeri Sarawak, Matthew Dominic Barin di Pasar Komuniti Stutong, Kuching.

Program PATUH dilaksanakan sebagai platform penyelaras kepada beberapa inisiatif utama KPDN bagi membina persekitaran perniagaan yang tersusun, beretika dan memberi perlindungan optimum kepada pengguna.

Melalui pendekatan kawalan kendiri, peniaga digalakkan mematuhi peraturan dan undang-undang perdagangan secara menyeluruh dan berterusan.

Sebagai langkah permulaan tahun pertama pelaksanaan, projek perintis Pasar PATUH diperkenalkan dengan memberi tumpuan kepada pematuhan di pasar awam melibatkan penandaan harga yang jelas, penggunaan alat timbang yang tepat serta persekitaran perniagaan yang bersih dan teratur.

Pelaksanaan rintis dimulakan di satu pasar di setiap negeri sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

Menurut Matthew, Program PATUH bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga terhadap kepentingan pematuhan undang-undang, menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga serta melindungi hak dan kepentingan pengguna.

“Pematuhan undang-undang bukan sekadar kewajipan, tetapi pelaburan jangka panjang dalam membina kepercayaan pengguna terhadap peniaga,” tegasnya.

Program berkenaan turut mencerminkan kerjasama strategik rentas agensi antara kerajaan, industri dan pengguna, sekaligus memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta integriti tadbir urus perdagangan dalam negeri.

Antara rakan strategik terbabit ialah Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kuching Selatan, Metrology Corporation Sdn. Bhd. dan De Metrology Sdn. Bhd.

Sementara itu, Program PATUH juga berfungsi sebagai platform pendidikan pengguna dan penyebaran maklumat untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam memastikan perniagaan dilakukan secara telus dan beretika.

Dengan sokongan padu semua pihak, inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin transformasi perdagangan negara ke arah sistem yang lebih telus, berintegriti dan mesra pengguna.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan