Teknologi baharu bantu polis tumpas aktiviti judi dalam talian – Pesuruhjaya Polis Sarawak

PESURUHJAYA Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menegaskan usaha membanteras kegiatan judi dalam talian tidak berlesen, kini dapat diperkukuh susulan kewujudan teknologi yang membolehkan sistem tersebut disekat atau diganggu.

Beliau berkata, tidak seperti operasi manual sebelum ini, penggunaan platform maya menjadikan aktiviti perjudian lebih mudah dijejaki serta memberi ruang kepada PDRM melaksanakan tindakan pemintasan sistem dengan lebih efektif.

Menurutnya, usaha itu memerlukan kerjasama rapat pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkaitan dalam memastikan aktiviti perjudian haram dapat dikawal daripada terus berleluasa.

Jelasnya, fokus utama PDRM adalah mengekang kegiatan judi tidak berlesen yang mengganggu ketenteraman awam serta memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Mengulas pertanyaan mengenai tindakan yang diambil sekarang, beliau menjelaskan bahawa perubahan trend perjudian ke platform dalam talian serta ketersediaan teknologi baharu adalah faktor utama yang membolehkan usaha penyekatan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh.

“Tindakan ini bukan kerana lewat, tetapi kerana teknologi untuk menyekat sistem hanya wujud sejak kebelakangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam menyalurkan maklumat sekiranya wujud premis perjudian tidak berlesen di kawasan masing-masing. Polis, katanya, akan melakukan serbuan serta-merta.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kebanyakan kedai ketika ini tidak lagi berfungsi sebagai pusat permainan, sebaliknya hanya digunakan untuk top-up kredit judi, sekali gus menyukarkan penguatkuasaan secara fizikal. Justeru, strategi menyekat sistem dianggap lebih berkesan dalam membanteras kegiatan tersebut.

Beliau turut mengingatkan semua anggota PDRM dan masyarakat agar menjauhi sebarang bentuk perjudian, termasuk judi online, kerana ia membawa pelbagai risiko seperti ketagihan, beban hutang, masalah kewangan, serta menjejaskan prestasi kerja.

Beliau menegaskan bahawa perjudian tidak pernah memberikan manfaat jangka panjang kepada pemain.

“Kemenangan seketika akhirnya membawa lebih banyak kerugian. Ia juga membuka ruang kepada jenayah lain dan boleh menyebabkan anggota dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff