14 jambatan Bailey disediakan elak gangguan perhubungan akibat banjir

TAWAU – Kerajaan Persekutuan menyediakan 14 jambatan Bailey bagi mengelakkan sebarang gangguan perhubungan di kawasan terjejas banjir termasuk di kawasan jalan terputus seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tujuh jambatan Bailey di Semenanjung, empat di Sarawak dan tiga di Sabah.

“Di seluruh negara, lebih 9,800 anggota keselamatan digerakkan manakala aset sebanyak lebih 7,000 aset pelbagai jenis.

“Kita sedang mobilisasikan jambatan Bailey ini dengan menambah jumlahnya,” katanya kepada media selepas Program Eksplorasi TVET Komuniti 2025 di Kolej Komuniti Tawau, pada Rabu.

Belia berkata, pihaknya telah menyiapkan lebih 9,000 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menghadapi kemungkinan situasi banjir yang lebih serius dengan kapasiti penempatan sehingga 2.18 juta mangsa.

Katanya, fenomena hujan luar biasa yang melanda Filipina dan Vietnam memberi kesan kepada kawasan pantai timur Semenanjung menyebabkan beberapa lokasi yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir kini turut terjejas.

“Antaranya Bagan Datuk, Perak, di mana empat PPS telah dibuka dan selama puluhan tahun tidak pernah berlaku banjir, namun kampung saya sendiri turut ditenggelami air akibat luruhan hujan luar biasa.

“Sebanyak 188 PPS kini dibuka di seluruh negara melibatkan kira-kira 22,000 mangsa banjir,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pengundi di Sabah turun mengundi pada pagi 29 November susulan ramalan METmalaysia yang menunjukkan kemungkinan luruhan angin membawa hujan bermula tengah hari hingga ke petang.

“Sebab itu untuk menterjemah demokrasi dengan cara pengundian, kita minta mereka keluar awal,” katanya.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu