SPRM bebas siasat tuduhan terhadap Shamsul Iskandar – PM Anwar

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan terhadap tuduhan ke atas bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya tanpa sebarang campur tangan luar, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengumumkan penerimaan peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau,” kata Anwar melalui kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera dan kerajaan MADANI sentiasa menyokong teguh prinsip ketelusan.

“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” tambahnya.

Pada Selasa, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya dan memaklumkan bahawa surat berkenaan sudah diserahkan kepada Perdana Menteri.

Tindakan itu dibuat enam hari selepas Anwar menegur secara keras setiausaha politiknya itu kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.

Katanya, keputusan itu diambil susulan wujud percubaan menyerang beliau dengan perkara yang boleh menjejaskan imej Kerajaan MADANI.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff