PMX terima makluman terkini banjir sejurus pulang dari lawatan Afrika – KSN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejurus tiba di tanah air dimaklumkan mengenai perkembangan terkini banjir Monsun Timur Laut (MTL) yang menjejaskan beberapa negeri, selepas mengadakan lawatan rasmi selama lapan hari ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, beliau sempat memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri selain hal-hal berkaitan perkhidmatan awam.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri selamat tiba di tanah air setelah lapan hari bermusafir membawa agenda besar negara ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

“Dalam kesempatan yang singkat, saya sempat memaklumkan perkembangan terkini berhubung situasi semasa musibah banjir MTL yang sedang melanda beberapa negeri dan hal-hal berkaitan perkhidmatan awam,”* katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar memulakan lawatan itu pada 18 November lalu ke Ethiopia, lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia ke negara itu, bagi membalas kunjungan rasmi rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali, pada Oktober 2024.

Dari Addis Ababa, Perdana Menteri berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dari 20 hingga 23 November, sebelum mengadakan lawatan kerja ke Nairobi, Kenya, dari 23 hingga 24 November lalu.

Related Posts

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini. Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti