Razali ingatkan pertukaran kerajaan boleh jejaskan kesinambungan pembangunan

KOTA KINABALU – Calon GRS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi@Bob mengingatkan pengundi bahawa pertukaran kerajaan berisiko menjejaskan kesinambungan pembangunan serta membantutkan dasar yang telah dirangka untuk kawasan itu.

Beliau berkata, banyak inisiatif yang sedang berjalan di bawah pentadbiran GRS boleh terbantut sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas 29 November ini.

“Jika kerajaan bertukar, banyak perancangan dan dasar yang dilaksanakan GRS berisiko dibatalkan, menyebabkan pembangunan kembali tertangguh,” katanya ketika berucap pada program Perjumpaan Keluarga Khairul Fahmi Gulam Rasul, malam Sabtu.

Razali menegaskan bahawa pemilihan kali ini bukan sekadar memilih pemimpin yang lantang, sebaliknya seseorang yang bekerja secara konsisten dan dekat dengan masyarakat.

“Tidak perlu pemimpin teriak sana, teriak sini tetapi hasilnya kosong. Yang penting adalah pemimpin yang rajin turun padang, dengar masalah, dan cari penyelesaian,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa lebih dua tahun beliau bersama pasukan telah turun ke kampung-kampung bagi menyelesaikan pelbagai isu asas penduduk, termasuk pemasangan sistem CCTV pertama di Kampung Likas atas permintaan penduduk demi meningkatkan keselamatan.

Menurutnya, apa yang diperlukan Darau ialah budaya politik baharu yang menolak kebencian, tidak membezakan suku atau agama, dan mengutamakan keikhlasan serta amanah dalam berkhidmat.

“Saya bukan datang untuk menjadi Yang Berhormat, saya datang untuk menjadi jambatan kamu di Kampung Likas, menjadi mulut kamu untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Razali turut merayu pengundi membuat pilihan berdasarkan rekod kerja serta kemampuan melaksanakan perancangan.

“Kita pilih bukan kerana suku, bukan kerana agama, bukan kerana sentimen. Pilihlah berdasarkan prestasi, kerja, dan kemampuan membawa perancangan,” ujarnya lagi.

Beliau berharap pertemuan itu menjadi pembuka hati kepada pengundi di Kampung Likas dan Darau untuk memberi peluang kepadanya meneruskan perkhidmatan.

“Insya-Allah, dengan izin Allah, nombor 6 pada 29 ini, itulah harapan kita untuk membawa perubahan,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta