46 suspek ditahan dalam Op Tapis Khas Narkotik di Kuching

KUCHING – Polis menahan 46 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas Narkotik yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sepanjang empat hari bermula 17 hingga 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi itu dilaksanakan sebagai tindakan agresif membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Kesemua 46 suspek ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 hasil risikan berterusan dan operasi yang disasarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada keseluruhan tangkapan, dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 39A(1).

Selain itu, lima suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2), manakala 37 individu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) kerana disyaki positif dadah. Polis turut mendapati lima daripada mereka merupakan penagih berulang dan kini dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 39C.

Dalam operasi sama, polis merampas 1,067.25 gram methamphetamine serta 12 gram pil psikotropik dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM41,145.70.

“Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya.

Alexson turut menegaskan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi penyalahgunaan dadah.

“Dadah adalah musuh nombor satu negara. JSJN komited melindungi generasi kini dan akan datang daripada ancaman ini,” tegasnya.

Beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan dadah melalui Hotline JSJN 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak 017-592 9211.

Related Posts

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

SARATOK – Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok diseru supaya terus memperkukuhkan integriti, meningkatkan kecekapan penggunaan teknologi serta mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

KOTA KINABALU – Pemain industri dan syarikat di Sabah diminta tidak bimbang untuk memberikan maklumat dalam Banci Ekonomi 2026 kerana semua data yang dikumpulkan dilindungi di bawah undang-undang dan hanya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

IPD Saratok perkukuh integriti, teknologi dan usaha banteras dadah

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

Pemain industri diminta tidak bimbang sertai Banci Ekonomi 2026

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

MP Shah Alam tinjau laluan pejalan kaki stesen LRT Stadium Shah Alam 

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

Lawatan rasmi luar negara ikut keperluan strategik, tidak jejas langkah penjimatan – MoF

338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

338 ladang babi berdaftar pada tahun lalu, berbanding 435 pada 2024 – Mat Sabu

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir