Pendidikan visi utama Thonny Chee lahirkan ‘generasi hebat’

KOTA KINABALU – Pendidikan menjadi antara visi utama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Thonny memaklumkan, pengalaman hidup sebagai anak daripada keluarga miskin menjadikan pendidikan sebagai ‘pasport’ yang membolehkan beliau keluar daripada kepompong kemiskinan, sekali gus membentuk kepercayaannya bahawa akses pendidikan wajar dinikmati semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, pendidikan memainkan peranan penting dalam mengubah corak pemikiran serta membuka ruang kepada kemajuan sosial dan ekonomi.

“Saya dilahirkan daripada keluarga miskin, namun saya berjaya keluar daripada kelompok kemiskinan melalui pendidikan.

“Oleh sebab itu, saya selalu menenkan bahawa betapa pentingnya pendidikan kepada setiap ahli keluarga, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas ceramah kelompok di Taman Keramat, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Thonny berkata, hasil lawatannya ke beberapa penempatan serta perkampungan telah membuka mata mengenai kesukaran yang dihadapi golongan belia di kawasan berkenaan dalam mendapatkan akses pendidikan berkualiti.

“Ketika turun ke Kampung Numbak yang ada ramai pengundi dan Pulau Gaya, saya bertanya sendiri kepada anak-anak muda. Ramai menyatakan akses pendidikan mereka sangat terhad. Jika diberi peluang menjadi wakil rakyat, isu ini akan menjadi antara keutamaan saya,” katanya.

Selain pendekatan akademik, beliau berpandangan,pendidikan alternatif seperti latihan pendidikan dan vokasional (TVET) akan diperluaskan bagi membuka peluang kepada anak muda dalam menceburi bidang baharu,

“Kalau mereka tidak minat akademik, kita boleh tawarkan TVET. Contohnya di Pulau Gaya, kawasan itu mempunyai potensi pelancongan yang besar. Jika dibangunkan dengan baik, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk anak-anak muda.

“Pembangunan pendidikan bukan sahaja soal membuka pusat pendidikan, tetapi menyediakan laluan masa depan yang lebih cerah kepada keluarga berpendapatan rendah di kawasan Api-Api,” katanya.

DUN Api-Api menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan Chee berdepan Ng Chun Sua dari Parti Impian Sabah, Ting Shu Kiong (STAR), Soh Kee Suat (PBK) dan Loi Kok Liang (Warisan).

Hari pengundian PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini, manakala 25 Nov untuk pengundian awal.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

MELAKA – Jumlah pengundi yang bakal melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini kira-kira seramai 687,697 orang berbanding PRN sebelum itu. Ia berdasarkan rekod…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital