Hormati kerjasama politik dan keharmonian parti komponen, calon PH Silam tarik diri

KOTA KINABALU – Sebagai menghormati kerjasama politik dan keharmonian parti komponen, calon PH Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah. 

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan itu adalah keputusan peribadi Halim tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar. 

“Kami menghormati keputusan tersebut yang dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan serta rakan kerjasama politik di Sabah.

“Semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan kestabilan politik Sabah terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin. 

Jelas Mustapha, walaupun tidak bertanding, Halim menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu mengikut kemampuannya. 

“PKR Sabah menghargai semangat perjuangan beliau yang tidak pernah pudar demi rakyat dan Sabah.

“Kami menyeru seluruh jentera dan penyokong PH di Silam dan Lahad Datu agar kekal tenang, terus fokus dan terus memperkukuh perpaduan demi kemenangan gabungan kita dan masa depan rakyat Sabah,” ujarnya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung