Grab tidak sertai surat bantahan AIC kepada PM Anwar

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia tidak terlibat dalam kumpulan industri yang menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan peraturan pelesenan media sosial.

Dalam satu kenyataan, Syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu berkata, ia tidak dimaklumkan oleh Asia Internet Coalition (AIC) berhubung surat terbuka kepada Anwar berkenaan tentangan dengan rangka kerja kawal selia yang dicadangkan meliputi media sosial dan platform pesanan segera.

Grab berkata, cadangan yang dikemukakan itu tidak memberi impak kepada operasi Grab dan syarikat itu juga tidak terlibat.

“Peraturan yang dicadangkan tidak memberi kesan kepada operasi kami dan oleh itu kami tidak mempunyai bahagian di dalamnya. Kami tidak dan tidak mengulas mengenai perkara itu.

“Kami tetap komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, mencerminkan misi kami untuk menyumbang kepada pembangunan negara,” kata Grab dalam satu kenyataan.

Rangka kerja kawal selia untuk media sosial dan platform pemesejan internet telah diwartakan pada 1 Ogos dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Terdahulu, AIC, Persatuan yang mewakili syarikat internet dan teknologi terkemuka menyuarakan kebimbangan mengenai langkah rancangan kerajaan mengenai pelesenan untuk platform media sosial.

Di bawah rangka kerja baharu itu, semua platform sedemikian yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia mesti memohon Lesen Kelas Pembekal Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, rangka kerja kawal selia itu diperkenalkan untuk memerangi peningkatan kes jenayah siber, termasuk penipuan dalam talian dan perjudian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram