Impian Muhyiddin untuk bergelar PM semula kian malap

IMPIAN bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meraih semula jawatan tertinggi dalam Kabinet itu dilihat semakin pudar dan seakan-akan ‘lenyap’.

Walaupun gabungan Perikatan Nasional (PN) berupaya menerajui barisan kerajaan, namun cita-cita Pengerusi PN itu jelas terpadam dan mustahil untuk beliau kembali menaiki ‘takhta’ berkenaan.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ini kerana rakan politik mereka iaitu Pas teguh memberikan sokongan terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar.

“Hari ini, harapan Muhyiddin untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri semakin pudar. Pada masa yang sama, Pas pula menjulang nama Menteri Besar Terengganu yang menang PRK Parlimen Kemaman pada 2023, sebagai bakal calon Perdana Menteri.

“Namun, Muhyiddin tetap mengidam untuk kembali sebagai Perdana Menteri. Beliau bercerita tentang nasibnya yang kononnya hampir menjadi Perdana Menteri pasca PRU15 pada November 2022.

“Kerana itulah juga, sewaktu berkempen, beliau telah mempersoalkan titah rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah,” katanya di hantaran Facebook beliau, hari ini.

Ujar Chin Tong, situasi itu jelas kepada membuktikan Ahli Parlimen Pagoh itu masih memasang impian untuk sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Walaupun saya berpandangan bahawa PN sukar untuk kembali menjadi kerajaan semula, dalam tulisan yang sama itu, saya juga menerima hakikat bahawa Pas masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh.

“Malah, jika Pas sanggup bergerak ke tengah serta lebih sederhana, iaitu mengurangkan retorik kaum dan agama, saya percaya Pas akan terus teguh.

“Keputusan pilihan raya kecil Nenggiri serta kontroversi kenyataan Muhyiddin sewaktu berkempen yang terkait dengan penghinaan terhadap institusi diraja membuktikan Presiden Bersatu itu tidak boleh ‘move on’ kerana masih terperangkap dengan nostalgia menjadi Perdana Menteri pada 2020-21,” katanya.

Ujar beliau, kemampuan Bersatu untuk terus bertahan sehingga kini adalah kerana nostalgia lama yang menyingkap sejarah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020 hingga Ogos 2021.

Namun katanya, harapan bahawa Presiden Bersatu akan kembali ke jawatan itu tidak akan berlaku berikutan Pas juga mempunyai matlamat tersendiri khususnya dalam mengangkat ahli kumpulan mereka.

Related Posts

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan politik yang diamalkannya selama ini bukan petanda kelemahan atau perubahan pendirian politik, sebaliknya merupakan strategi diplomasi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menjadikan Rukun Negara sebagai pegangan hidup dan asas dalam memelihara perpaduan serta keharmonian negara. Seri Paduka bertitah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Dana interim RM1.5 bilion diharap perkasa sektor pelancongan Sabah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Interim RM1.5 bilion tingkat keperluan rakyat, ketegasan tuntut MA63 – Yun Fah

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini