Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang berharap sebarang caj dikenakan untuk kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands dekat Bentong, mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir Razali Kassim berkata, pihak Genting Highlands juga disaran memberi perhatian khusus terhadap kebajikan dan pekerja di kawasan berkenaan.

“Ini termasuklah ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah serta penduduk yang melalui kawasan itu setiap hari,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan bas baharu Sanwa Tours (M) Sdn Bhd di Terminal Sentral Muadzam Shah dekat Rompin, petang tadi.

Sebelum ini, Genting Malaysia Bhd mengesahkan pihaknya akan mengenakan bayaran untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Syarikat itu dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, maklumat lengkap berhubung perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja butiran mengenai bayaran bagi Caj Jalan Persendirian dimuktamadkan.

Razali turut menjelaskan, jalan terbabit bukan jalan Persekutaan atau negeri, sebaliknya dibina dan diselenggara pihak Genting.

Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, berdasarkan semakan awal kementeriannya serta maklumat diterima, laluan yang dimaksudkan bukan sebahagian daripada jalan Persekutuan, sebaliknya terletak di atas tanah milik persendirian.

Bagaimanapun, aspek keselamatan, standard teknikal dan pematuhan kawal selia bagi mana-mana laluan seperti itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pahang melalui Majlis Perbandaran Bentong.

Menurut Nanta, kementeriannya tidak mempunyai kuasa perundangan atau regulatori ke atas laluan berkenaan.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan