Tidak benar wujud gua kosong bawah KL – Geologi UM

PUTRAJYA – Universiti Malaya (UM) menafikan artikel berkenaan ‘gua kosong di bawah bandar raya Kuala Lumpur’ yang didakwa ditulis oleh ahli geologis dari jabatan itu yang bernama Dr. Sarah Jamal.

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains, UM, Profesor Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata, tiada ahli geologis bernama Dr. Sarah Jamal yang berkhidmat di UM.

Malah, menurutnya, nama Sarah Jamal juga tidak didaftarkan dalam senarai daftar sebagai Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

“Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya.

“Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, Meor Hakif menegaskan
kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta yang membuktikan maklumat yang ditawarkan adalah palsu.

“Staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India yang melibatkan kehilangan nyawa memandangkan kerja-kerja kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan, serta punca kejadian masih tidak dipastikan,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial khususnya Facebook berkenaan kenyataan yang memetik ahli geologis terkemuka bernama Dr. Sarah Jamal yang didakwa kononnya pakar dari UM.

Menerusi kenyataan yang tular itu, Sarah mendedahkan kawasan di bawah bandar raya Kuala Lumpur adalah sebuah gua kosong yang amat dalam yang terbentuk berjuta-juta tahun lalu dan Kuala Lumpur seolah-olah dibina di atas `atap’ sebuah gua raksasa.

Kenyataan yang tular itu turut disertakan dengan grafik yang dijana oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memperlihatkan gua kosong besar di bawah pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Infografik yang palsu dan tidak benar itu yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen berhubung keselamatan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya untuk dihuni.

Ia rentetan kejadian lubang benam atau mendapan tanah di Kuala Lumpur melibatkan seorang pelancong India di Jalan Masjid India, baru-baru ini.

Selepas empat hari kejadian itu, mangsa iaitu seorang wanita berusia 48 tahun yang terjatuh ke dalam lubang benam sedalam lapan meter masih gagal ditemukan sehingga kini. 

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

SHAH ALAM – Semua sekolah di bawah lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor diarahkan tutup pada Jumaat susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar