COBRA, Marin JKDM rampas bunga ganja RM6 juta

KUALA PERLIS – Tindakan pantas pasukan elit Customs Operational Battle Force Response Assault (COBRA) bersama Unit Penguatkuasaan Marin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja bernilai lebih RM6 juta dalam satu operasi khas di perairan Kuala Perlis pada 13 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Negeri Kedah, Wan Marini Wan Hamzah berkata, operasi yang digerakkan hasil risikan pasukan khas itu dijalankan sekitar pukul 10 malam dengan kerjasama Pasukan Risikan Ibu Pejabat JKDM dan Unit Marin Langkawi.

Katanya, pasukan penguat kuasa yang melakukan pemantauan mengesan sebuah sampan kayu mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan tambak berhampiran pantai.

“Pemeriksaan lanjut menemukan empat guni bertulisan Thailand berisi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja seberat 67.48 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM6,209,816.

“Siasatan awal mendapati sindiket dipercayai menggunakan laluan laut dari negara jiran dengan kaedah penghantaran terus menggunakan sampan kayu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, rampasan berkenaan menunjukkan kecekapan dan kesiapsiagaan pasukan elit COBRA serta Unit Marin JKDM dalam mengekang aktiviti penyeludupan dadah di sempadan perairan utara negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Wan Marini meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan, kepada pihak kastam bagi membantu membanteras jenayah itu.

Katanya, orang awam boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran dan identiti pemberi maklumat dijamin dirahsiakan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula