PRU17 Sabah: PKR umum 10 calon, PH muktamad guna lambang Harapan

KOTA KINABALU – PKR hari ini mengumumkan senarai 10 calon yang akan bertanding sempena Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah pada bulan ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Pengumuman Calon PKR PRU DU Sabah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa semua calon daripada gabungan PH akan menggunakan lambang HARAPAN sebagai simbol perpaduan dan kekuatan bersama dalam menghadapi PRU17 Sabah kali ini.

“Ingat, kita PH guna lambang HARAPAN. Dalam PKR, DAP, Amanah, kita berpakat guna lambang HARAPAN. 

“Minta hafal, sebelum tidur, bangun esok tengok lambang HARAPAN,” katanya disambut sorakan para penyokong.

Sebagai rekod, lebih 5,000 penyokong parti menghadiri dan memberikan sokongan moral kepada calon-calon yang bakal membawa aspirasi reformasi dan semangat Malaysia MADANI ke seluruh pelosok negeri Sabah.

Turut hadir pada pengumuman tersebut termasuk Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selaku Pengarah Pilihan Raya; Naib Presiden merangkap Pengarah Operasi Pilihan Raya; Datuk Seri Amirudin Shari; Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh; Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud serta beberapa Menteri Kabinet seperti Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.

10 senarai calon PKR yang akan bertanding pada PRU17 Sabah iaitu;

1. N18 Inanam – Datuk Peto Galim

2. N20 Api-Api – Thonny Chee

3. N23 Petagas – Awang Husaini Sahari

4. N35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Musa

5. N42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar

6. N44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran

7. N50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping

8. N54 Karamunting – George Hiew

9. N61 Segama – Romansa Lamin

10. N72 Merotai – Datuk Ruji Ubi

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan