TANDUKAN Matthijs de Ligt pada minit ke-96 memastikan Manchester United meraih satu mata berharga selepas terikat 2-2 dengan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
De Ligt menafikan gol Richarlison yang sebelum itu menyangka jaringannya pada minit ke-91 sudah menjamin kemenangan Spurs.
Pemain United, Bryan Mbuemo membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-32 sebelum Spurs bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mathys Tel pada minit ke-84.
Jaringan Richarlison membenarkan Spurs mendahului selang tujuh minit kemudian, namun berjaya dinafikan De Ligt selepas itu sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah United kepada lima perlawanan.
Kedua-dua pasukan kini mengumpul 18 mata selepas 11 perlawanan, dengan Spurs berada di tangga ketiga dan United di tempat ketujuh berdasarkan perbezaan jaringan.





