Dua lelaki ditahan positif dadah di Saratok

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Task Force Khas Op Tapis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJD) Saratok yang diketuai Insp. Hendry.

Menurut beliau, operasi berkenaan dijalankan antara jam 9 pagi hingga 5 petang hasil maklumat awam yang diterima.

“Kedua-dua suspek lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing. Hasil ujian mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mathew berkata, semakan mendapati suspek pertama berusia 27 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan, manakala suspek kedua berusia 36 tahun tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengambil dadah berbahaya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh memusnahkan masa depan serta menjejaskan keselamatan masyarakat.

“PDRM Saratok akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini,” tegasnya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang