Meta didakwa jana keuntungan dengan iklan penipuan

META didakwa menjana keuntungan yang banyak menerusi iklan penipuan di platform-platform media sosialnya.

Reuters mendedahkan satu dokumen yang menunjukkan Meta mengunjurkan 10 peratus daripada hasil pada tahun 2024 daripada iklan berbentuk penipuan dan barangan terlarang.

Menurut laporan Reuters pada Khamis, gergasi media sosial itu secara dalaman menganggarkan bahawa platformnya telah mempamerkan iklan berbentuk penipuan kepada 15 bilion pelayar media sosialnya sehari.

Meta juga disyaki mengenakan bayaran premium kepada mereka yang dipercayai ‘scammer’ untuk iklan dan mengeluarkan laporan tentang ‘Penipu Paling Penipu.’

Maklumat dalaman Meta mendakwa membuat unjuran keuntungan pada penghujung tahun lalu bahawa ia akan memperoleh kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan hasil tahunannya atau AS$16 bilion hasil menjalankan pengiklanan untuk penipuan dan barangan larangan.

Cache dokumen yang sebelum ini tidak dilaporkan yang disemak oleh Reuters juga menunjukkan bahawa selama tiga tahun ini, gergasi media sosial itu gagal mengenal pasti dan menyahkan iklan terlarang kepada berbilion-bilion pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp daripada penipuan skim e-dagang dan pelaburan, kasino dalam talian haram, dan penjualan produk perubatan yang dilarang.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat gergasi teknologi itu perlu memberikan penjelasan penuh berhubung laporan agensi berkenaan.

Tegasnya, kegiatan itu sememangnya menyalahi undang-undang di Malaysia.

“Ini kali pertama kita mendapat laporan media antarabangsa oleh Reuters yang dengan terperinci memberikan angka berdasarkan dokumen dalaman pihak Meta.

“Sekiranya benar, ini amat membimbangkan kerana memberi bayangan bahawa antara sumber keuntungan bagi Meta adalah aktiviti haram termasuk di Malaysia,” jelasnya pada sidang media mingguan, hari ini.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu