TVET: Institut Guangqi latih 500 peserta Malaysia

PENUBUHAN Institut Guangqi di Shanghai, China dilihat mampu merancakkan pembangunan bakat, tenaga pengajar, dan profesional industri Malaysia dalam bidang semikonduktor dan elektronik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hab latihan bersama Malaysia–China itu bakal melatih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga pengajar dan pekerja industri negara.

Di bawah inisiatif berkenaan, semua peserta terlibat akan mengikuti latihan bernilai RM10 juta selama satu hingga enam bulan, lapor Buletin TV3.

“Program ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia menjadi hab serantau bagi pembangunan bakat semikonduktor dan elektronik termaju.” katanya selepas merasmikan ‘2nd Malaysia–China International Industry–TVET Education Cooperation Forum dan 4th Malaysia–China Vocational Education Fair’ di Shanghai Technical Institute of Electronics & Information, di Shanghai, China, hari ini.

Beliau turut menyambut baik pelaksanaan Program SIYUAN Skill Advancement & Employment Program (SAEP) yang akan melibatkan 2,500 belia Malaysia berkemahiran untuk mengikuti program Train & Place di China bernilai RM12.5 juta.

Latihan tersebut meliputi tiga sektor strategik iaitu rel transit, e-dagang dan logistik, serta Keselamatan Siber dalam tempoh antara 1 hingga 6 bulan.

Peserta turut berpeluang menjalani penempatan kerja bersama syarikat China yang beroperasi di Malaysia.

Di majlis sama, Ahmad Zahid turut saya juga melancarkan Malaysia–China TVET Industry–Education Alliance (MC-IEA) yang akan memperkukuh kerjasama institusi dan industri dua negara melalui pendekatan ‘Train – Intern – Job Placement’ dengan Nilai co-funding peralatan latihan di bawah inisiatif itu yang mencecah RM10 juta melibatkan 15 institusi TVET China.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor