
MUKAH – Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dengan memberi inisiatif projek mesra rakyat dan projek khas.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata geran projek khas (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024 disalurkan kepada 35 penerima yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.
“Geran ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memperbaiki prasarana,” ujar beliau.
Tambah beliau, harapannya agar peruntukan yang diberikan dapat melaksanakan aktiviti dan projek kecil demi manfaat rakyat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan geran kepada 35 penerima di Pusat Khidmat Parlimen Mukah pada Isnin.

Sementara itu, salah seorang penerima geran, Ahmad Zaki Salleh mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (MIS) Mukah menyatakan penghargaan kepada Hanifah atas keprihatinan beliau terhadap permohonan sekolah berkaitan baik pulih elektrik di surau mereka.
“SK Agama (MIS) Mukah menerima geran RM25,000 untuk tujuan baik pulih Surau an-Najah,” ujar beliau.
Tambah Zaki, projek tersebut dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk kemudahan pelajar.
Ketua Kampung Tellian Tengah, Winnie Wenna antara penerima geran berkata kepentingan melaksanakan aktiviti masyarakat dalam usaha memupuk nilai perpaduan dan kerjasama sepanjang masa.




