Selangor fokus kelestarian ekonomi, kesejahteraan rakyat

SELANGOR menumpukan prinsip matlamat pembangunan mampan (SDG) bagi memastikan kemajuan ekonomi seiring dengan kelestarian dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara usaha dilakukan seperti Pelan Tindakan Iklim Negeri Selangor, Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Dasar Smart Selangor selain pembangunan hijau dan digitalisasi.

“Selangor kekal komited menerajui pembangunan mampan selaras dengan prinsip SDG bagi memastikan kemajuan ekonomi tidak mengorbankan kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.

“Dengan sokongan padu Kerajaan Persekutuan dan kerjasama antara agensi, Selangor akan terus menjadi pemacu utama pembangunan mampan Malaysia,” katanya di Facebook.

Terdahulu Amirudin menghadiri Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2025, dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Mesyuarat bertujuan menilai kemajuan pelaksanaan SDG di peringkat nasional dan antarabangsa termasuk peranan negeri dalam menjayakan Agenda 2030.

Tahun lalu, Amirudin berkata Selangor mencipta sejarah menjadi negeri pertama di Malaysia menyerahkan laporan SDG kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, Voluntary Sub-National Review (VSR) atau laporan projek SDG disediakan PLANMalaysia Selangor pada 2022 dan diserahkan setahun selepas itu selain enam pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri turut menyerahkan Voluntary Local Review (VLR) masing-masing.

PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandar Diraja Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama