Mayat wanita reput ditemukan bawah pelepah sawit

KUANTAN – Mayat seorang wanita yang sudah reput ditemukan di bawah longgokan pelepah daun kelapa sawit di Batu 19 Jalan Karak-Kuala Pilah dekat Telemong, Bentong, petang kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada jam 5 petang.

“Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian, pihak polis mengesahkan satu mayat perempuan yang mana identiti belum dapat dikenal pasti.

“Beberapa barang dipercayai milik mangsa turut ditemui antaranya seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan jenama ‘Casio’, sepasang selipar warna hitam dan baju sejuk warna hitam mempunyai ‘hoodie’,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan