Pastikan standard halal ditetapkan JAKIM dipatuhi dalam semua perjanjian perdagangan

PUTRAJAYA – Kerajaan disarankan memastikan standard halal Malaysia diiktiraf dalam semua perjanjian perdagangan yang telah dilaksanakan, termasuk dasar yang dirangka bersama Amerika Syarikat (AS).

Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH) , Dr Helmi Ibrahim berkata, perkara itu penting untuk memastikan kepercayaan pengguna muslim tempatan dan antarabangsa tidak tergugat serta mengekalkan reputasi Malaysia sebagai hab halal global.

Menurutnya, pihak melahirkan kebimbangan perjanjian itu berisiko membuatkan Malaysia ‘terpaksa’ menerima lambakkan produk makanan dan pertanian AS yang diragui halal meskipun dikatakan punyai label halal.

“MEH menyeru kerajaan mengkaji semula perjanjian itu memandangkan kemampuan aspek keterjaminan halal oleh pemain industri AS sangat diragui.

“MEH tidak mahu Malaysia terpaksa berkompromi dalam aspek keterjaminan halal semata-mata untuk memenangi hati AS. Isu halal tidak sepatutnya menjadi bargaining tools untuk dapatkan keistimewaan dalam aspek perdagangan lain,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Sehubungan itu, Helmi memaklumkan, pihaknya menyeru agar sebarang produk yang dilabel halal dari Malaysia di AS mematuhi pensijilan halal Malaysia yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jelasnya, kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan AS untuk memastikan pemantauan, audit dan kepatuhan halal dijalankan secara telus dan berkesan.

“Kepentingan pemain industri halal Malaysia tidak dikompromikan demi menjaga kepentingan perdagangan dua hala Malaysia–AS.

“Ini merupakan acid test kepada Dasar Halal Negara yang bakal digubal,” katanya. 

Kunjungan Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menyaksikan beberapa perjanjian ditandatangani antaranya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dan perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).

Di bawah perjanjian itu, AS mengekalkan kadar tarif 19 peratus terhadap barangan asal Malaysia, namun memberikan pengecualian kepada 1,711 talian tarif eksport meliputi sektor utama seperti minyak sawit, produk getah, koko, komponen pesawat dan farmaseutikal.

Semua pengecualian itu dianggarkan bernilai AS$5.2 bilion (RM21.9 bilion) atau kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke AS, sekali gus menjamin kesinambungan pasaran dan mengelak gangguan kepada sektor pengeluaran domestik.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX