Malaysia berjaya galas Kepengerusian ASEAN penuh keyakinan

PUTRAJAYA – Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, berjaya menakhodai blok serantau itu dengan penuh keyakinan serta mengemudi rantau ini di tengah-tengah perubahan dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sudah menghidupkan semula dialog, membina jambatan baharu dan membuktikan semangat ASEAN terus subur, dipandu kebijaksanaan, rasional serta tujuan bersama di bawah panji perpaduan dan keamanan.

“Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menutup tirai Kepengerusian Malaysia dengan sejarah yang terpahat di Kuala Lumpur, daripada Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand hinggalah pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi sebuah video sorotan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bersama hantaran itu.

Anwar berkata, kekuatan sebenar ASEAN berpaut kepada kesetiaan, keterangkuman dan keyakinan antara anggotanya.

“Tatkala teraju ini diserahkan kepada Filipina, Malaysia menatap kembali perjalanan ini dengan rasa syukur.

“Tidak semua kebuntuan terurai, namun setiap langkah berani telah melengkungkan sejarah menuju harapan dan keadilan,” kata beliau.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas kesabaran dan kemesraan ditunjukkan kepada sahabat-sahabat serantau sepanjang tempoh kepengerusian negara dalam blok itu.

“Dunia sudah menyaksikan, inilah wajah sebenar Malaysia!” kata beliau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selama tiga hari yang melabuhkan tirai pada 28 Oktober lalu turut melakar beberapa pencapaian penting termasuk penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan Filipina akan menggalas tanggungjawab itu tahun depan.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat di negeri itu sebaliknya hanya menjawab persoalan yang dibangkitkan kerajaan Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX