Pelantikan Shahidan nafi keupayaan pemimpin Pas yang setia

KANGAR – Pelantikan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis disifatkan sebagai satu penafian terhadap keupayaan pemimpin Pas yang setia sejak dahulu untuk menerajui blok pembangkang itu di negeri berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais berkata, keputusan itu seolah-olah menafikan kewibawaan pemimpin Pas yang konsisten dan taat kepada parti sejak sekian lama.

Menurutnya, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, sekali lagi disingkirkan daripada kedudukan politik dalam Pas dan PN satu persatu, manakala yang tersisa hanyalah jawatan Menteri Besar yang dikatakan kekal kerana hubungan kekeluargaan dengan Presiden Pas.

“Tempat beliau kini diambil alih oleh Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ditolak oleh akar umbi Pas Arau.

“Beliau hanya memperoleh tiga pencalonan daripada 60 cawangan dan tersingkir awal daripada saingan jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Arau,” katanya dalam kenyataan yang dipetik daripada UMNO Online.

Ruzaini mendakwa, pemilihan Shahidan juga jelas memperlihatkan bagaimana keupayaan pemimpin Pas ‘batat’ atau setia dulu, kini dan selamanya dinafikan oleh pucuk pimpinan parti sendiri.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan kononnya Pas mempunyai “dua, tiga lori pemimpin” sedangkan pemilihan Shahidan membuktikan sebaliknya.

“Tak sampai tiga tahun menjadi ahli Pas, beliau sudah diangkat sebagai pemimpin pusat dan negeri. Ini satu tamparan hebat kepada ahli-ahli yang setia,” ujarnya.

Ruzaini menegaskan, semua pemerhati politik maklum bahawa Shahidan bukanlah individu yang benar-benar mendalami perjuangan Pas dan PN, malah permusuhan politik beliau terhadap Pas selama puluhan tahun masih segar dalam ingatan ahli parti.

Katanya, pelantikan itu juga menimbulkan persoalan dalam kalangan pemimpin Pas Perlis sendiri, yang sebelum ini menafikan kemenangan PN dalam Pilihan Raya Umum lalu berpunca daripada pengaruh Shahidan.

“Shahidan kini dilihat telah ‘disucikan’ dan diangkat sebagai pemimpin utama parti yang suatu ketika dahulu menjadi sasaran sumpah seranah. Inilah wajah sebenar politik mereka,” katanya.

Tambahnya, pelantikan Shahidan sebagai Pengerusi PN Perlis akhirnya akan memberi rahmat besar kepada pembangkang di negeri itu kerana beliau dijangka berdepan tentangan daripada dalam parti sendiri.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri