Anwar hadir muktamar masjid se-Malaysia

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Muktamar Masjid Se-Malaysia Untuk Pembebasan Al-Aqsa yang berlangsung di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan.

Muktamar itu diadakan bersempena sambutan Hari Masjid Sedunia.

Anwar dalam ucapannya berkata, menjadi keutamaan kerajaan hari ini untuk membetulkan naratif bahawa isu serangan terhadap Palestin ini bukan bermula pada 7 Oktober 2023, tetapi telah berlangsung semenjak 1948.

“Dengan pembantaian manusia dan pemusnahan kota yang berterusan sehingga hari ini… suara lantang kita menuntut keadilan ini bukan sekadar sandiwara politik, kerana hakikatnya Malaysia konsisten mendukung legitimasi perjuangan aspirasi rakyat Palestin tanpa ragu.

“Pada masa sama, menggunakan kebijaksanaan untuk membangunkan kekuatan dalaman bagi memastikan keberkesanan dalam perjuangan yang panjang ini,” katanya.

Beliau turut menyentuh peranan institusi masjid bukan sahaja dalam mengimarahkan masjid, malah meningkatkan kefahaman dan pencerahan kepada umat bermula pada peringkat peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

“Kita harus membenamkan perbezaan kecil, meluruskan minda dan strategi, sekali gus secara tidak langsung membina kekuatan dan asas negara yang kukuh.

“Pengukuhan institusi masjid bukan sahaja menuntut tanggungjawab kita kepada Allah SWT, malah ada tanggungjawab kemanusiaan yang wajar dituntaskan, di samping meniupkan semangat serta kesedaran baharu dan menanam dalam hati sanubari umat agar tidak gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT,” katanya lagi.

Anwar turut memberi jaminan akan teruskan usaha membantu meringankan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Katanya, ia dilakukan atas pertimbangan kemanusiaan dan berharap usaha itu terus mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James