‘Biar saya jawab satu persatu,’ bidas Zafrul kepada Hassan Karim

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membidas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang disifatkan lebih sudu daripada kuah berhubung dakwaan maruah Malaysia tergadai kepada Amerika Syarikat (AS) berikutan menandatagani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Isnin lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menegaskan banyak tuduhan berlegar di media sosial, termasuk tuduhan daripada individu-individu yang tidak pun membaca keseluruhan teks perjanjian tetapi bercakap seolah-olah mereka berada di meja rundingan.

“Biar saya jawab satu persatu dengan fakta. Pertama pembelian bernilai RM1 trilion dari AS, senarai perolehan perjanjian ini bukan perkara baru. Saya ada terangkan pada bulan Ogos di Parlimen. Mungkin pada masa itu Ahli Parlimen Pasir Gudang tidak hadir. Tapi tidak mengapa saya ulang semula hari ini.

“Ingin saya tegaskan bahawa komitmen pertimbangan komersial di bawah seksyen 6 perjanjian ini tiada kena mengena dengan perbelanjaan kerajaan. Ini adalah kerana pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan.

“Apa yang kita buat, kita tanya kepada syarikat MSC dan GLC di negara ini apakah perancangan pembelian mereka daripada AS. Kita senaraikan pembelian mereka tersebut. Kalau tidak ada tarif pun memang mereka akan membeli juga kerana ini adalah perolehan yang telah dirancang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, ketika berbahas mengenai Belanjawan 2026, Hassan yang juga dari PKR lantang mempersoalkan maruah Malaysia tergadai kerana menandatangani ART dengan AS baru-baru ini.

Malah, Hassan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah tunduk dengan Presiden Donald Trump sehingga sanggup bersetuju dengan perjanjian yang didakwanya berat sebelah.

Tengku Zafrul turut memberi contoh berkaitan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group yang dilakukan sebelum pengumuman tarif baharu oleh Trump.

“Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysian Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025. Jauh lebih awal dari tarikh pengumuman tarif oleh Trump. Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh Petronas. Petronas sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk AS.

“Sebelum pengumuman tarif pun, Petronas sudah membeli LNG dari AS. Tapi sebab kita tak kerja di Petronas bila dengar pengumuman sahaja terus melompat sedangkan perkara ini bukan baru. Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa.

“Langkah ini diambil khususnya memandangkan komitmen bekalan jangka panjang Petronas melebihi keupayaan pengeluaran yang sedia ada.

Jadi sehubungan itu, Tengku Zafrul menegaskan, perolehan LNG dari negara pengeluar lain termasuk dari AS akan membolehkan Petronas mengoptimumkan bekalan dan memastikan penghantaran yang stabil kepada pelanggan.

“Ini bukan arahan politik dari Washington. Ini keputusan komersial Petronas untuk memastikan bekalan stabil, kontrak ditunaikan dan negara tidak berdepan krisis tenaga. Negara berdaulat mesti ada sumber dan tenaga yang pelbagai. Itu namanya keselamatan tenaga bukan kebergantungan,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC