Muhyiddin perlu berundur, Azmin perlu digugurkan – Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA – Desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden Bersatu semakin memuncak apabila beberapa pimpinan kanan termasuk Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah tampil menuntut perubahan dalam barisan kepimpinan tertinggi parti itu.

Saifuddin berkata, kepimpinan baharu diperlukan bagi memperkukuh semula parti serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Bersatu yang kini dilihat semakin lemah dari segi sokongan dan hala tuju perjuangan.

Menurutnya, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut disarankan digugurkan bagi memberi ruang kepada penyusunan semula parti, terutama dalam usaha membersihkan imej dan mengembalikan kredibiliti di mata rakyat.

“Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz digantikan bagi membolehkan parti membina semula kekuatan dari dalam.

“Kepimpinan parti mesti bebas daripada sebarang bebanan isu peribadi. Bersatu perlu kembali fokus kepada perjuangan asalnya,” katanya menerusi satu kenyataan yang turut ditandatangani enam lagi Ketua Bahagian termasuk dari Pasir Salak, Puchong, Dungun, Jasin dan Selayang.

Tindakan itu menjadikan Saifuddin sebagai Ahli Parlimen ketiga yang secara terbuka menolak kepimpinan Muhyiddin selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang).

Sebelum ini, Wan Saiful dipecat daripada parti manakala keahlian Wan Ahmad Fayhsal digantung selama sepenggal, menandakan pergeseran dalaman Bersatu semakin ketara.

Pada masa sama, Saifuddin turut menuntut Muhyiddin menjelaskan kedudukan menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang dilaporkan masih diburu pihak berkuasa berhubung kes rasuah dan dipercayai berada di sebuah negara di Timur Tengah.

Difahamkan, beberapa lagi Ketua Bahagian turut hadir dalam siri jelajah anti-Muhyiddin hari ini termasuk bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon – sekali gus memperlihatkan tekanan dalaman terhadap kepimpinan tertinggi Bersatu semakin meningkat menjelang pemilihan parti akan datang.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Masalah air, elektrik bukan alasan tidak kibar Jalur Gemilang – Masidi

Masalah air, elektrik bukan alasan tidak kibar Jalur Gemilang – Masidi

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru di Hulu Selangor

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kematian guru di Hulu Selangor