Lelaki maut jatuh dalam perigi

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Nesa, Skudai, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 47 tahun disahkan maut selepas terjatuh di kedalaman 4.88 meter.

“Sebelum kejadian, mangsa sempat menghubungi ibu serta beberapa rakannya.

“Sebaik mendapat makluman berkenaan, salah seorang rakan mangsa telah menghubungi bomba kerana mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran kediamannya.

“Bomba yang tiba kemudian bertindak membuat selaman di dalam perigi bagi mengesan kedudukan mangsa sebelum mayatnya ditemui pada pukul 10.30 malam.

“Mayat kemudian dibawa naik menggunakan sistem tali,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Saiful Bahri, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan