Inflasi masih stabil, terkawal walau ada peningkatan harga

PUTRAJAYA – Kadar inflasi negara kekal stabil pada 1.5 peratus bagi September 2025, sejajar dengan unjuran pasaran meskipun pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mula dilaksanakan pada penghujung bulan lalu.

Berdasarkan laporan CIMB Treasury and Markets Research, kenaikan harga sederhana dan stabil itu didorong oleh peningkatan dalam kategori makanan, pengangkutan, perumahan dan barangan peribadi.

“Kenaikan harga bulanan sebanyak 0.2 peratus mencerminkan peningkatan permintaan dalam negeri yang kekal kukuh khususnya dalam kategori makanan dan minuman yang naik 2.1 peratus serta perumahan dan utiliti yang meningkat 1.5 peratus.

“Inflasi teras pula meningkat sedikit kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, berbanding 2.0 peratus pada Ogos, manakala inflasi perkhidmatan naik kepada 2.4 peratus, menandakan tekanan permintaan domestik yang sederhana namun terkawal.

“Kenaikan harga paling ketara direkodkan dalam kategori pengangkutan, yang meningkat kepada 0.7 peratus pada September berbanding 0.2 peratus pada Ogos, didorong oleh peningkatan kos penyelenggaraan kenderaan sebanyak 4.4 peratus serta harga alat ganti yang naik 1.4 peratus,” katanya, pada Isnin.

Sementara itu, laporan itu turut memaklumkan, harga petrol mencatat penurunan kecil sebanyak -0.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun naik 0.1 peratus secara bulanan selepas harga RON97 meningkat daripada RM3.15 kepada RM3.19 seliter

“Kesan penuh rasionalisasi subsidi BUDI95 hanya akan dapat dilihat sepenuhnya pada data Oktober, namun setakat ini kesannya terhadap inflasi kekal terhad memandangkan 99 peratus pengguna masih menikmati harga kawalan RON95,” katanya.

Dalam masa sama, CIMB Treasury and Markets Research mendedahkan, kategori kesihatan turut menunjukkan peningkatan 1.3 peratus, sebahagian besarnya disumbangkan oleh kenaikan kos insurans kesihatan sekali sahaja pada bulan Julai.

“Kesan asas ini dijangka menyebabkan kadar tahunan kategori tersebut mencatatkan peningkatan dua digit.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025, inflasi purata Malaysia kekal rendah pada 1.4 peratus, menandakan tekanan harga keseluruhan masih terkawal dan seiring pertumbuhan ekonomi sederhana sebanyak 4.7 peratus bagi tempoh sama,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun, CIMB Treasury and Markets Research menegaskan walaupun Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat, deflator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal negatif pada paras -0.9 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Katanya, situasi terbabit lazimnya menandakan tekanan deflasi di peringkat pengeluar dan perbezaan itu disebabkan faktor struktur dalam kaedah pengukuran harga di mana deflator KDNK lebih sensitif terhadap pergerakan harga pengeluar.

“Indeks Harga Pengeluar (PPI) menurun -2.3 peratus bagi lapan bulan pertama 2025, manakala Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik hanya 0.8 peratus.

“Ini menunjukkan kelemahan deflator KDNK berpunca daripada kejatuhan harga input dan komoditi, bukannya daripada kelemahan permintaan pengguna,” katanya.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

NTW 2026 meluaskan peluang latihan, perkasakan kemahiran tenaga kerja negara

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

‘Sanusi tak perlu datang, sekiranya main isu kaum, agama’ – Zahid

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah