Harta, aset menantu Muhyiddin di luar negara belum dibekukan – SPRM

AHLI perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, dikesan mempunyai harta dan aset di luar negara yang belum dibekukan.

Harta dan aset itu berkemungkinan digunakan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu untuk menampung kehidupan di luar negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan harta luar negara milik Muhammad Adlan belum dibekukan.

“Semua aset termasuk akaun milik Muhammad Adlan di Malaysia sudah dibekukan SPRM berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam, yang menunjukkan ahli perniagaan itu bersama beberapa kenamaan dari Asia Barat.

Sumber memberitahu, Muhammad Adlan kerap keluar masuk negara berkenaan untuk perjalanan ke luar negara termasuk Thailand, bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.

Muhammad Adlan dikehendaki oleh SPRM atas pertuduhan pecah amanah.

Related Posts

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

TURKIYE – Anadolu Agency (AA) pada 14 September 2026 melancarkan Program Latihan Kewartawanan Perang edisi ke-30 bagi memperkukuh kemahiran serta kesiapsiagaan pengamal media dalam membuat liputan di kawasan konflik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

  • By Fandi
  • September 15, 2026
MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli