258 mangsa banjir di Kulim, Kuala Muda dipindah ke empat PPS

ALOR SETAR – Seramai 258 mangsa banjir daripada 90 keluarga di Kedah dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di dua daerah iaitu Kulim dan Kuala Muda.

Hujan lebat berterusan melebihi empat jam menyebabkan beberapa kawasan di dua daerah itu dilanda banjir sejak jam 7 malam Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam satu kenyataan berkata, di daerah Kulim, tiga PPS dibuka melibatkan Surau Taman Sang Kancil, Dewan Kampung Paya Tok Betok dan SJK (C) Khai Min yang menempatkan 206 mangsa daripada 66 keluarga setakat jam 8 pagi hari ini.

Sementara itu, di daerah Kuala Muda, satu PPS dibuka di SJK (C) Choong Cheng, menempatkan 52 mangsa daripada 24 keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan rendah.

Agensi penyelamat dan bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan turut digerakkan bagi membantu pemindahan serta penyaluran bantuan awal kepada mangsa terlibat.

Dalam pada itu, laporan paras air menunjukkan Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling dan Sungai Pendang di Pekan Pendang masing-masing telah melebihi tahap bahaya, manakala beberapa sungai lain seperti di Pokok Sena, Sik, Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Langkawi berada pada tahap amaran dan waspada.

Bagaimanapun, bacaan terkini menunjukkan trend air mula menurun di kebanyakan kawasan dan tiada hujan direkodkan di stesen pemantauan pada pagi Jumaat.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi