PMX rintis penyelesaian tuntas MA63 Sabah

KOTA KINABALU – PKR Sabah menyambut baik komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus merintis penyelesaian tuntas pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya berkaitan pemerkasaan hak kewangan dan pentadbiran Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, PKR Sabah menghargai pendirian Perdana Menteri yang menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah, serta komitmen untuk menunggu proses perundangan selesai sebelum membuat keputusan lanjut.

“Pendekatan ini menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan memastikan setiap keputusan dibuat demi manfaat Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya, bukan atas dasar politik semata-mata.

“Kerajaan pimpinan Perdana Menteri terbukti tidak pernah meminggirkan Sabah, malah berusaha menyelesaikan banyak isu tertunggak dalam MA63 yang telah lama diabaikan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Jelasnya, antara pencapaian besar yang kini menjadi kenyataan termasuk pengurusan tenaga dan Syarikat Sabah Electricity kini di bawah kuasa selia Sabah.

“JKR, JPS dan Jabatan Air Sabah diberi kuasa meluluskan projek persekutuan sehingga RM50 juta.

“Sabah dan Sarawak kini mempunyai wakil tetap dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Beliau berkata, langkah-langkah ini bukan sahaja mengembalikan hak yang termaktub dalam MA63, malah memperkukuh autonomi pentadbiran Sabah untuk mengurus keperluan rakyatnya sendiri.

Mustapha turut berkata, kejayaan nyata di bawah Kerajaan MADANI ialah peningkatan besar dalam Pemberian Khas Tahunan kepada Sabah, yang tidak pernah disemak selama hampir lima dekad iaitu tahun 2018 RM26.7 juta, 2019 RM53.4 juta , 2022 RM125.6 juta, 2023 RM300 juta dan 2025 sebanyak RM600 juta.

Justeru, pihaknya menggesa kerajaan Sabah yang bakal terbentuk untuk mengambil tanggungjawab penuh dalam merangka dan memperincikan kaedah pengiraan serta mekanisme pembayaran 40 peratus hasil ini melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

“Kerajaan Sabah perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan formula yang dipersetujui nanti benar-benar mencerminkan hak dan realiti ekonomi Sabah, bukan sekadar angka di atas kertas.

“Ini termasuk melibatkan pakar perundangan, ekonomi, dan fiskal negeri bagi memastikan setiap sen dikira dengan tepat dan berpaksikan semangat Persekutuan Malaysia,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan keperluan untuk menyediakan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang cekap dan telus bagi memastikan hasil 40 peratus ini dimanfaatkan secara optimum untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS