Kerajaan Persekutuan, Sabah perlu bekerjasama pertahan hak MA63

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin menyarankan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bekerjasama dalam semangat perpaduan serta keikhlasan bagi memastikan hak perlembagaan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipertahankan.

Foong Hin berkata, detik ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta memperteguh komitmen bersama terhadap pembangunan saksama untuk rakyat Sabah.

“Saya turut menyampaikan pandangan kepada Perdana Menteri bahawa kini adalah masa yang sesuai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bekerjasama dalam semangat perpaduan dan keikhlasan, bagi memastikan hak-hak perlembagaan Sabah di bawah MA63 terus dipertahankan melalui perbincangan yang tulus, saling mempercayai, serta pelaksanaan yang telus.

“Saya turut mencadangkan agar Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) diberikan mandat untuk mengetuai proses semakan tuntutan 40 peratus tersebut dalam tempoh 90 hari seperti yang ditetapkan oleh mahkamah,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Foong Hin yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, cadangan itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan Taklimat Khas Perdana Menteri di Parlimen berhubung Pemberian Khas untuk Sabah.

Jelasnya, ketika ini Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah melalui JKTMTPMA63 sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan perkiraan Pemberian Khas pada masa depan sejajar dengan prinsip dan semangat MA63.

Tambahnya, beliau juga mengambil maklum komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan segala perkara tertunggak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), memperkukuh kadar pemberian khas untuk Sabah serta meningkatkan peruntukan.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam