Empat rakan sekolah dituduh amang seksual remaja perempuan

BALING – Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sebuah sekolah menengah di sini dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan antara Jun hingga Ogos lalu.

Tiga tertuduh lelaki terdiri daripada seorang pelajar tingkatan lima dan dua pelajar tingkatan tiga, manakala seorang lagi tertuduh ialah bekas pelajar berusia 15 tahun.

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, setiap tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa sama berusia 14 tahun di lokasi dan masa berasingan iaitu pada Jun, Julai seterusnya dua kali pada Ogos lepas.

Satu pertuduhan didakwa dilakukan di dalam kelas sekolah manakala tiga lagi pertuduhan dilakukan di ladang sawit dalam mukim Siong, di sini.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md. Salleh sementara keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin serta dengan syarat tidak mengganggu mangsa. Mereka membayar jaminan tersebut.

Kes akan disebut semula pada 27 November depan.

Media pada 17 Oktober lalu melaporkan empat remaja termasuk dua pelajar tingkatan tiga dan seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di daerah ini ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar berusia 15 tahun di beberapa lokasi termasuk di kelas.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan