6 nyaris maut dirempuh lori tanah

BERPANTANG ajal sebelum maut, begitulah yang terjadi kepada enam mangsa rempuhan lori tanah di persimpangan lampu isyarat di Jalan Meru Tambahan dekat Meru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi itu, lori tanah telah merempuh lori sampah sebelum dua kereta model Perodua Myvi turut terseret.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar diketuai Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Ahmad Fuad Nasruddin Johari dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Siasatan awal mendapati lori tanah terbabit melanggar lori sampah sebelum merempuh dua kereta Myvi yang berada di laluan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad berkata, tiga warga asing yang menaiki lori sampah mengalami kecederaan, termasuk dua patah kaki, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, seorang pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang lagi cedera di tangan kiri dan dibawa orang awam ke Hospital UiTM Puncak Alam.

“Pemandu lori tanah tidak cedera. Operasi menyelamat dan pemantauan berjalan lancar sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai