Jentera GRS turun ke setiap rumah, dekati rakyat – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menyeru seluruh jentera GRS agar menggandakan usaha, turun ke setiap rumah, mendekati dan santuni rakyat di semua peringkat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Katanya, kemenangan tidak akan datang tanpa kerja keras, kesungguhan dan kerjasama padu seluruh jentera parti daripada peringkat negeri hingga ke akar umbi.

“Jangan ada yang leka, jangan merasa cukup dengan apa yang telah kita capai. Setiap seorang daripada kita adalah barisan hadapan perjuangan ini,” katanya ketika berucap melancarkan Pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS, PRN17 Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.

Jelasnya, setiap kawasan, kampung dan taman perumahan perlu dijadikan medan perjuangan untuk memastikan mesej dan aspirasi GRS sampai kepada setiap pengundi.

“Setiap kediaman wajar dikunjungi, setiap pengundi wajib dikenal pasti dan didekati serta setiap hati mesti disantuni,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan jentera GRS agar tidak berputus asa atau mudah menyerah kalah, sebaliknya terus berjuang dengan semangat tinggi dan tekad yang tidak tergoyah.

“Patah galah bertongkat kaki, patah kaki bertongkat lutut, patah lutut bertongkat siku, patah siku bertongkat kuku.

“Namun menyerah kalah tidak sekali,” katanya.

Menurutnya, perjuangan GRS mesti diteruskan dengan iltizam dan disiplin tinggi bagi memastikan Sabah terus ditadbir oleh kerajaan yang stabil dan berwibawa.

“Kemenangan dan kejayaan tidak datang bergolek.

“Ia hanya akan kita capai dengan kerja kuat, niat yang ikhlas dan bergerak secara berpasukan,” katanya.

Katanya lagi, kekuatan GRS bukan hanya terletak pada dasar dan pencapaiannya, tetapi juga pada semangat juang serta kesetiaan para pendukung di seluruh negeri.

“Gunung yang tinggi tetap kita daki, lautan yang dalam tetap kita renangi.

“Tiada istilah putus asa atau tunduk menyerah dalam kamus GRS yang kita perjuangkan ini,” jelasnya.

Hajiji berkata, pilihan raya kali ini bukan sekadar soal mendapatkan mandat baharu, tetapi perjuangan mempertahankan masa depan Sabah agar terus maju di bawah pimpinan GRS.

“Sudah tiba masa untuk kita turun ke gelanggang perjuangan dengan semangat yang membara, dengan keyakinan yang tidak tergoyah demi memperjuangkan nasib rakyat pdan masa depan negeri tercinta,” ujarnya.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh