PRN17 Sabah: BN tampilkan muka baharu tetapi muka lama tidak dilupakan – Zahid

KOTA KINABALU – BN bakal tampilkan muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pengerusinya yang merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, prinsip mereka adalah sama dengan prinsip UMNO dan BN Sabah yang mana melihat kepada kepentingan muka baharu dan peluang kepada anak-anak muda.

“Muka baharu, anak-anak muda mesti diberi peluang.

“Tetapi kita tidak juga melupakan muka-muka lama kerana mereka diyakini mendapat dukungan.

“Dan akan memberikan prestasi yang baik apabila dipilih oleh para pengundi di Sabah yang sekarang ini cukup matang untuk memilih calon mana, parti mana yang membawa pembangunan di Sabah dengan lebih baik daripada apa yang ada sekarang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Pantai Odec, Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kedua-dua Ahli Parlimen BN yang berkemungkinan bertanding menggunakan tiket parti lain pada PRN17 Sabah ini telah digantung keahlian oleh parti.

“Mereka sekarang memang digantung dan mengikut dalam berita mereka akan bertanding atas tiket payung lain.

“Jadi kita akan lihat dari segi aspek perundangan dan dari segi aspek politik,” ujarnya.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan