PR1MA Penjom lengkap sistem solar, meter pintar

KUANTAN – Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang di Pejom, dekat Lipis, adalah projek PR1MA pertama dilengkapi sistem solar serta meter pintar.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pemasangan sistem solar itu selari dengan aspirasi kerajaan Pahang yang menekankan prinsip ESG.

“Projek (solar) ini dibangunkan Living Stone Sdn Bhd dengan kerjasama dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad)… sistem solar jenis 2.4 kilowatt (Kw) dan meter pintar. Ini adalah perintis awal di Kampung Tempoyang.

“Saya berpendapat bahawa ia satu pemikiran yang bijak untuk kebaikan masa mendatang kepada rakyat Negeri Pahang,” katanya seperti dilapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Makmur Kuala Lanar dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Penjom.

Abdul Rahman mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk majlis itu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, konsep itu akan diperluaskan ke projek perumahan diusahakan Kerajaan Pahang pada masa akan datang.

Ia bagi memastikan semua projek dijalankan lebih lestari, cekap tenaga dan mesra alam sekitar.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menjelaskan, pemasangan sistem solar di projek perumahan itu dapat menjimatkan kos pemilik dalam jangka masa panjang.

“Mengikut kajian kita, bil lebih kurang RM500 sebulan tanpa solar… bila kita masuk solar ini, kita akan jimat half (separuh).

“Half (separuh) ini maknanya kalau RM200, RM300 sebulan, lebih kurang dalam RM10,000 penjimatan yang akan diperoleh dalam tempoh setahun,” katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram