Keputusan 40 peratus hasil Sabah bukti keadilan dan kedaulatan undang-undang

KOTA KINABALU – Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40 peratus hasil Sabah menjadi titik tolak kepada hubungan lebih matang antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta bukti bahawa keadilan boleh dicapai melalui lunas undang-undang dan saluran perlembagaan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, keputusan mahkamah itu bukan sahaja kejayaan undang-undang kepada Sabah Law Society (SLS), tetapi juga mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan prinsip keadilan dalam sistem Persekutuan Malaysia.

“Kemenangan ini bukan sahaja kemenangan undang-undang bagi SLS, tetapi juga kemenangan moral bagi rakyat Sabah yang telah menunggu berdekad-dekad untuk melihat keadilan ditegakkan.

“Keputusan ini memulihkan keyakinan terhadap kedaulatan undang-undang serta membuktikan bahawa mekanisme perlembagaan kekal menjadi saluran yang sah untuk menuntut keadilan dan kesamarataan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa sama, Phoong menyeru Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah supaya bekerjasama secara ikhlas dan telus dalam melaksanakan semakan semula hak 40 peratus hasil negeri serta komitmen lain di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menegaskan bahawa perjuangan menuntut hak Sabah bukan isu politik, sebaliknya langkah untuk mengukuhkan semangat persekutuan yang adil dan seimbang bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Perjuangan ini bukan soal politik, tetapi mengenai keadilan, maruah dan kesamarataan  nilai asas yang menjadi teras kepada Persekutuan Malaysia yang dibina atas kepercayaan dan perkongsian bersama,” katanya.

Phoong menambah, keputusan itu menandakan kemenangan moral bagi rakyat Sabah yang telah sekian lama menuntut keadilan terhadap hak perlembagaan negeri ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid yang menyifatkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sebagai ‘tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,’ serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah tidak sah bagi pihak Persekutuan untuk membuat pemberian khas sebagaimana yang dimaksudkan di bawah Jadual Kesepuluh,” katanya ketika menyampaikan keputusan itu.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling