Indonesia pecat Kluivert lepas gagal ke Piala Dunia 2026

PERSATUAN Bola Sepak Indonesia (PSSI) mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan kebangsaan negara itu, Patrick Kluivert dan barisan kejurulatihannya.

Langkah itu adalah susulan kegagalan Skuad Garuda mara lebih jauh dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam kenyataan hari ini, PSSI berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada langkah ‘penilaian semula strategi’ pembangunan bola sepak Indonesia serta hala tuju masa depan skuad kebangsaan.

Bekas penyerang antarabangsa Belanda dan Barcelona itu – yang menandatangani kontrak dua tahun pada Januari lalu bagi menggantikan Shin Tae-yong dari Korea Selatan – akan berundur bersama pasukan kejurulatihannya.

Ia sekali gus menamatkan khidmat mereka bersama skuad senior, bawah 23 tahun dan bawah 20 tahun Indonesia.

Pengerusi PSSI yang juga Menteri Belia dan Sukan, Erick Thohir, dalam kenyataan berasingan mengucapkan terima kasih kepada Kluivert dan barisan kejurulatihannya atas sumbangan mereka.

Dia menyifatkan pasukan kejurulatihan tersebut sebagai bahagian penting dalam kemajuan terkini pasukan kebangsaan Indonesia.

“Penghargaan kami juga ditujukan kepada penyokong, pemain, keluarga mereka serta pegawai yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi membantu pasukan kebangsaan mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026.

“Ia satu pencapaian bersejarah bagi bola sepak Indonesia,” katanya seperti dilapor Bernama.

Erick menegaskan bahawa PSSI akan melaksanakan penilaian menyeluruh dan menetapkan matlamat baru untuk skuad kebangsaan, termasuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia FIFA, layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke Piala Dunia 2030.

Related Posts

Padang tiruan punca Salah tidak turun lawan Sudan Selatan

MOHAMED Salah tidak akan beraksi untuk Mesir menentang Sudan Selatan disebabkan kebimbangan mengenai permukaan padang perlawanan. Penyerang Trabzonspor itu tidak berlepas bersama skuad untuk perlawanan mereka di Stadium Juba pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bellingham pemain berkualiti, ada watak tersendiri

THOMAS Tuchel mahu Jude Bellingham bermain dengan ‘sedikit kemarahan’ selepas pemain tengah England itu mempamerkan sisi agresifnya ketika tewas kepada Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara, semalam. Bellingham menjadi antara tumpuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita