Sektor korporat perlu rebut peluang sempena Sidang Asean

PUTRAJAYA – Pemain dunia korporat diminta merebut peluang bagi menarik pelabur ke negara ini ketika Malaysia mempengerusikan Asean pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di Facebook berkata, sektor itu perlu menonjolkan gabungan sebagai tarikan pelaburan dan perdagangan global.

“Keputusan Kerajaan untuk menyertai BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) juga membolehkan Malaysia meneroka pasaran baharu serta meningkatkan peluang pelaburan dan perdagangan, khususnya terkait sektor minyak sawit, getah dan elektronik,” katanya dalam hantaran itu.

Anwar turut menegaskan kerajaan sedang meneliti pelbagai kaedah untuk mempermudah urusan perniagaan, permodalan, tenaga mahir dan perkongsian teknologi dengan negara jiran, selain memberikan insentif percukaian kepada syarikat terbabit dalam aktiviti berimpak tinggi.

“Saya ulangi komitmen kerajaan untuk mengotakan janji reformasi meskipun perlu melaksanakan langkah sukar dan tidak popular, demi memastikan kedudukan fiskal lebih baik, mengurangkan defisit serta menjamin kemampanan negara berkekalan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi jaminan perkhidmatan awam lebih cekap, tegas dan telus, selain mengurangkan insiden kecurangan dan rasuah dalam kalangan penjawat awam, sekali gus mewujudkan ekosistem lebih baik untuk kumpulan perniagaan.

“Justeru, saya ambil kesempatan menggesa sektor korporat untuk bersama-sama kerajaan dalam usaha melawan rasuah yang merosakkan etika, nilai, budaya dan masyarakat, selain menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“Jangan sesekali kita lupakan kisah tragis empayar hebat Rom yang runtuh akibat rasuah.

“Ini adalah masanya sektor swasta bekerjasama dengan kerajaan untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan generasi masa depan, serta memastikan setiap rakyat di negara ini dapat menikmati kehidupan bermaruah,” katanya.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji