Generasi kedua FELDA perlu ingat sejarah, perkukuh jati diri

KUANTAN – Kem Jati Diri ‘Koi Waris FELDA’ bagi gugusan FELDA Wilayah Kuantan berlangsung di Dewan Semai Bakti FELDA Chini 1, dekat Pekan, lewat petang semalam.

Program dianjurkan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang itu bertujuan memperkukuh nilai jati diri, semangat perjuangan dan kefahaman terhadap sejarah FELDA dalam kalangan generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain berkata, matlamat utama penganjuran program berkenaan adalah untuk memupuk kesedaran mengenai asal-usul serta perjuangan generasi terdahulu dalam membangunkan tanah rancangan itu.

“Program ini sangat baik dan diharap memberi motivasi kepada anak muda FELDA.

“Saya juga sempat bertanya kepada mereka berkaitan sejarah FELDA dan respons mereka sangat baik,” katanya selepas merasmikan program itu.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri Lepar, Mustaqim Zakaria.

Mohd Sharim menambah, pendedahan sebegini amat penting bagi memastikan generasi baharu FELDA tidak melupakan akar perjuangan keluarga mereka berkorban membina kehidupan di tanah rancangan sejak puluhan tahun lalu.

“Saya harap program sebegini dapat diteruskan oleh Kerajaan Pahang melalui Sekretariat Muafakat FELDA Pahang.

“Selain itu, kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang serta sokongan penuh pihak FELDA sendiri amat penting dalam memastikan program ini mencapai objektif ditetapkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memperkukuh pembangunan sahsiah, pendidikan dan identiti generasi baharu FELDA.

“Sekretariat Muafakat FELDA Pahang sebelum ini melaksanakan banyak program berbentuk pendidikan, kepimpinan dan pembangunan insan, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri melahirkan masyarakat FELDA berilmu, berakhlak dan berdaya saing,” jelasnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP