Mahkamah dakwa tujuh pegawai kerajaan kes pembunuhan Tak Bai

BANGKOK – Tujuh pegawai kerajaan akan dihadapkan dalam perbicaraan kematian beberapa penunjuk perasaan Islam yang mati lemas dalam trak tentera hampir dua dekad lalu di selatan Thailand, kata peguam kepada keluarga mangsa.

Tragedi dikenali ‘pembunuhan beramai-ramai Tak Bai’ di seluruh selatan wilayah pada 25 Oktober 2004, kekal sebagai salah satu insiden ‘paling berdarah’ dalam pemberontakan orang Melayu Islam terhadap kerajaan Thailand yang memerintah.

Seramai 78 orang mati lemas selepas mereka ditangkap dan disusun di atas satu sama lain di belakang trak tentera Thai.

Pegawai itu juga akan menghadapi perbicaraan berhubung kematian tujuh orang lagi yang ditembak ketika pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup terhadap sekumpulan besar penunjuk perasaan yang menggesa beberapa tahanan dibebaskan.

Peguam mewakili keluarga, Ratchada Manuratchada berkata, Mahkamah Narathiwat hari ini menerima petisyen dikemukakan keluarga mangsa yang ingin mendakwa tujuh pegawai kerana membunuh dan cubaan membunuh.

Keputusan itu dibuat dua bulan sebelum statut pengehadan kes itu akan tamat – iaitu 20 tahun selepas kematian.

“Mahkamah bersetuju untuk membawa kes itu ke perbicaraan.

“Ini adalah kes bersejarah di negara kita yang akan memutuskan sama ada pihak berkuasa melayan orang awam dengan sewajarnya,” kata Ratchada selepas keputusan mahkamah kepada pemberita.

Setakat ini, tiada anggota pasukan keselamatan Thailand pernah dipenjarakan atas kesalahan pembunuhan di luar undang-undang atau penyeksaan di ‘selatan dalam’ walaupun dakwaan sering berlaku penderaan di seluruh wilayah.

Tujuh defendan itu termasuklah pegawai kanan tentera dan ahli politik.

Insiden itu berlaku ketika bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berkuasa dan Prawit Wongsuwan, seorang ahli politik kanan, menjadi ketua tentera.

Perbicaraan pengakuan itu dijadualkan pada 12 September ini.

Konflik pada tahap rendah sering terjadi di wilayah paling selatan sejak pembunuhan beramai-ramai berlangsung dan sudah membunuh lebih 7,000 orang sewaktu puak pemisah di wilayah itu terus berjuang untuk mendapatkan kuasa autonomi yang lebih besar daripada negeri itu.

Wilayah selatan berbeza budaya daripada Thailand yang majoriti penganut Buddha dan ia dikawal ketat pasukan keselamatan Thailand.

Related Posts

Tentera Israel didakwa anggap bayi Palestin musuh masa depan

SIDANG Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu bertukar tegang apabila beberapa negara anggota bertelagah mengenai laporan tahunan berkaitan nasib kanak-kanak dalam konflik bersenjata. Dalam sesi berkenaan, Amerika Syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangladesh tolak permintaan PBB tambah tanah untuk kem Rohingya

DHAKA – Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan lebih banyak tanah bagi menempatkan pelarian Rohingya, sambil menegaskan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis itu adalah melalui penghantaran pulang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah

Kuota subsidi diesel Budi MADANI perlu mengambil kira realiti Sabah